November 26, 2009

pesanan buat adik-adik

bermula 21 november hingga 24 november lepas aku terlibat sebagai fasilitator untuk satu program kem motivasi Menjana Cita dan Smart Solat anjuran JKP Akademik kolej aku. untuk program ni kami menjemput adik2 anak yatim dari Rumah Bakti Hulu Kelang untuk sama2 terlibat dalam program ni. tak dinafikan yang selama berlangsungnya program ini, memang terasa sangat penat dan tak larat. dengan tidurnya yang tak cukup dan karenah adik2 yang memang memeningkan kepale otak. tapi bak kate Master dan cik Mamy - biase la budak2.. hehe.. tak dinafikan ade di antara mereka yang agak kasar dari segi bahasa dan ada beberapa banyak jugak la antara diorang yang bermasalah. tapi mereka sebenarnya bukan jahat. mereka cuma perlu perhatian. bagi yang asyik membuli tu pulak, mereka sebenarnye membuli sebagai cara untuk melindungi diri mereka sendiri sebab mereka rasa insecure.


aku sempat juga berborak dengan pengasuh yang mereka gelar sebagai Umi. menurut Umi, kes buli di tempat itu memang satu fenomena biasa yang tak terbendung. bagi aku, sebenarnya masalah buli di sana boleh je diselesaikan kalau orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mendidik adik2 di sana menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka seperti mana yang sepatutnya.


terasa sangat sayu dan sedih bila time nak berpisah dengan mereka. nampak sangat yang mereka gembira dan bahagia berada bersama kami walaupun kena marah dan kena lalui aktiviti2 yang memenatkan. bila bersama kami, makan dan minum mereka terjaga. solat pun bersama-sama dengan kakak2 dan abang2 fasi. yang paling seronok time menari xi shua shua la.. pasang je lagu terus berdiri dan menari tanpa disuruh pun. mungkin mereka rasakan yang aktiviti kem kami ni berbeza dengan aktiviti2 di kem2 lain yang mungkin agak skema.


pape pon, aku sangat berharap yang adik2 mendapat input yang positif dari kem ni yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dimanfaatkan untuk masa hadapan. kalau panjang umur kita berjumpa lagi, dan harap2 adik2 akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. dan seperti mana yang aku nasihatkan pada adik2 di hari terakhir kem dengan linangan airmata, sayangilah rakan2. jangan buli sesama sendiri dan anggaplah rakan2 itu seperti keluarga sendiri yang sentiasa bersama. sentiasa ada untuk satu sama lain. adik2 yang aku sayang, kamu perlukan satu sama lain. kamu sebenarnya umpama satu keluarga di sana. kenapa kamu tak menyedari hal itu? dan jangan lupa menoleh ke UM; kerana adik2 ada keluarga di UM. ada abang2 dan kakak2 yang menyayangi adik2 semua :)


sampai masanya kita perlu kembali ke tempat asal. adik2 kembali ke Rumah Bakti, dan kami kembali sendirian di KKTAZ, kemudian kembali ke kampung halaman masing2. insyAllah, kami akan kembali ke Rumah Bakti untuk menjenguk adik2 pulak. tunggu ketibaan kami ok..?? sayang adik2 Rumah Bakti, sayang yang teramat kepada keluarga besar Kem Menjana Cita & Smart Solat. lupakan segala krisis, ambil ia sebagai satu ilmu yang berharga dalam membina nilai dan tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat. dan aku asyik menangis setiap kali dengar lagu laskar pelangi & baik-baik sayang. betapa simbolik dan signifikannya lagu itu; lirik yang begitu bermakna dan tentu sekali mengingatkan aku kepada mereka :)


p/s : gambar-gambar & video multimedia boleh didapati di facebook. thanks kepada kawan-kawan yang upload dan tagkan :)

No comments:

Post a Comment