November 5, 2009

2012

malam tadi aku menghadiri mesyuarat Kem Motivasi Menjana Cita & Kem Smart Solat anjuran JKP Akademik & Intelektual kolej aku. mesyuarat mula dalam jam 0830 malam; habis plak dalam pukul 1030 malam. lepas mesyuarat tamat, aku dan Mastini pun menghala ke slowrock untuk dinner. kebetulan aku pun memang dah berjanji nak slowrocking ngan si Pejal. kami bertiga pun duduk la makan-makan sambil berborak. tengah2 makan tu aku suarakan la niat dan hasrat hati nurani aku yang teramat sangat la nak pegi menonton movie 2012..

as we all know (atau mungkin ade lagi beberapa orang yang tak berapa nak tahu sangat); filem 2012 akan di-release pada 12 november 2009 nanti. movie ni diilhamkan dari teori dan perkiraan kalendar masyarakat tamadun Maya (Mayan civilization) yang berakhir pada tahun 2012 (atau lebih tepatnya 21 disember 2012). kiranya mereka beranggapan bahawa dunia ini akan musnah pada tahun 2012; atau dalam erti kata lainnya kiamat (doomsday) akan berlaku pada tahun 2012. nampak macam best sangat, terutama sekali efek yang digunakan dalam filem. entah bagaimanalah agaknya pembikin filem dari barat ini menggambarakan suasana kemusnahan 'doomsday'.. really cant wait to watch the movie!!


official posters :)









sekadar berkongsi - bagi yang kurang mengerti, tamadun Maya merupakan sebuah tamadun purba yang mana kesan peninggalan dan tapak peradabannya masih kekal terpelihara hingga ke hari ini dan dapat dilihat di Yucatan, Mexico; bahkan telah tersenarai sebagai antara 7 keajaiban dunia yang baru (7 julai 2007; Lisbon, Portugal). tamadun Maya sangat terkenal dengan peradaban mereka serta teknologi dan ketepatan mereka yang dikatakan mendahului zaman (ketika itu).



tinggalan ketamadunan Maya



keterujaan aku nak menonton movie tu tidaklah bermaksud aku percaya pada ramalan masyarakat tamadun Maya tu. nak menonton bukanlah satu kesalahan, tapi jangan pula sehingga memesongkan akidah. soal kiamat itu adalah kerja dan urusan Allah S.W.T - siapalah manusia untuk meramalnya. segala apa yang berlaku adalah atas kehendak dan dengan izin-Nya. 2012 hanya ramalan. apa yang jelas; kiamat itu pasti dan kiamat itu semakin hampir, cuma masa dan ketikanya sama sekali tidak dapat untuk diagak. Wallahualam.. :)

No comments:

Post a Comment