July 26, 2010

awal semester

ohh hello sume *fuhh fuhh.. meniup habuk debu dan sesawang*. lama gila tak update blog ni haa. rindu aku tak? huhuhuhuhuhuhuhu tak rindu pon takpe. aku update pun bukannye korang nak baca kan?

well sepanjang tempoh aku menghilangkan diri dari blog ni, aku telah menemui cinta baru di tumblr. aku kini dah berumahtangga di tumblr pulak dah sekarang, tapi jangan risau aku masih tetap akan mengemaskini blog peribadi ni (walaupun jarang). nak ke link tumblr aku? ermm lain kali la ye aku bagi?

anyhoos..

nak dijadikan cerita aku ni baru je memulakan tahun kedua aku di universiti malaya ni ha. aissshh sophomore kate orang putih di negara uncle sam. kenal uncle sam? alaaah negara uncle sam tu amerika la.. so macam biasa la pulak kan, kalau awal-awal sem ni mesti ade je masalah. clash kat sana sini. naik jenuh aku nak register subjek. jangan kata clash antara jabatan major ngan minor, clash antara paper major pun ada tau. macam mana tuh? sekarang major minor aku dah tunggang langgang. major ke laut, minor ke bukit, sah sah kene extend ni kang. sape nak jawab? rujuk kat orang jabatan, orang jabatan buat tak cara je. sepak ke situ, terajang ke sana, tolak ke sinun. macam haram je. menyampah aku! dengan duit ptptnnye tinggal sejemput je. aku nak makan ape sem ni? nak potong pon agak-agak la kan. ni main tolak je. mentang-mentang duit pinjaman. akai takdak.

..dan aku masih lagi di kktaz; kolej kediaman tun ahmad zaidi (kolej 10) yang sekarang dah jadi macam international house sebab bebudak international bersepah-sepah. ade je merata-rata. rasa macam aku pulak budak international. sedih kot.. bukan aku tak menerima kebanjiran (waaaahhh kauuu) student international kat kolej ni, tapi rasa sunyi yang amat. dengan slow rocknye pon dah takde. laman perindu jadi sunyi gile. kalau dulu pukul 3 4 pagi pun masih lagi dengar bunyi cik-cik kak sebelah menyebelah tengah bergosip dan anak-anak jantan kaum adam bersorak melalak main game. sekarang beruk pun dah tak nampak batang hidung dah.. uhhhh. aku tahu kolej takkan semeriah dulu tapi aku tetap nak tinggal kat sini. walaupun semua dah berubah. senang nak sesuaikan diri dengan orang baru, tapi susah nak adapt dengan tempat baru. biarlah orangnye silih berganti, asal kolej masih tetap begitu. bak kata orang (orang la) tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bergelak ketawa dan bergurau senda tak hengat dunia. macam slow rock tu laaaa.. T.T

anyways,
sem ni aku dok sebilik ngan mastini. syukur alhamdulillah; dapat berumahtangga dengan member karib yang memang aku dah rasa selesa. dapat pulak bilik kat tingkat 1. uhhhh memang kurang la semput dan sengal kaki panjat tangga. kktaz la pulak kan, tangga macam batu caves.

ye, banyak perkara yang aku nak komplen sebenarnye. tapi kalau asyik nak komplen je lagu mana masalah nak selesai ye dak? kesimpulannya, benda yang nampak kekal macam dulu sebenarnya dah jauh berubah, dan perkara yang orang sangkakan dah berubah tu sebenarnya masih sama je seperti dulu. ikut je la labu. 'go with the flow' kata omputih. yang penting idop still jalan. redah je la kan? buat hal sendiri sudaaahh.