February 27, 2010

addicted~!!

SOUTH KOREA - a beautiful country in East Asia, the land that gave us K-Pop & addictive Korean drama series. blerghhh..

dulu aku tak pernah minat langsung tengok drama korea..
aku tahu la jugak sikit2 pasal winter sonata, my love patzzi, the succesful story of a bright girl, autumn in my heart, stairways to heaven..
itu pun sebab parents aku yang addicted.
tapi cuma Won Bin dan Daniel Henney je pelakon yang aku kenal..
Won Bin tu sebab die belakon dalam autumn in my heart, and my bestfriend Stella pulak memang addicted yang bukan2 ngan Daniel Henney (Daniel Oh kan nama dia..??).
kalau nak cite pasal K-Popstars pun aku ni takde la tak kenal langsung..
aku kenal je BoA, Rain, Kangta, TVXQ, SS501 dan Girls Generation seumpamanya..
cuma tak ikut sangat perkembangan diorang.
setakat single dan video music diorang tu aku tahu la jugak sebab aku ni kaki MTV.
kesimpulannya aku bukanlah tak tahu langsung, cuma tak ambil port sangat.
tapi semenjak dua menjak selepas cuti chinese new year (or Seoullal in Korea) hari tu aku dah mula addicted dah.
aku mula jatuh cinta..
mula tengok balik drama2 korea dan mula dengar balik lagu2 korea (walaupun sangat susah untuk sing along sebab susah nak sebut).
dan cinta lama berputik kembali~



dulu sekadar suka tengok je..
tapi sekarang dah suka yang amat sangat!
saranghaeyo KIM HYUN JOONG! :)


February 12, 2010

I'm not a plastic bag!

[from my Friendster blog - November 08th, 2008]

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2005, perkataan 'satira’ membawa maksud karya (prosa atau puisi) yang mempersendakan atau menyindir orang ..

Secara peribadinya, saya memiliki satu sifat yang agak kompleks untuk difahami sesetengah individu yang dekat dengan saya, salah satunya ialah pemerhatian dan pengamatan saya yang agak ‘paradoks’ tentang sifat dan tingkah laku orang di sekeliling saya. Oleh sebab itu, saya telah menjadi seorang yang anti-klise. Pengamatan inilah yang telah membuka ruang dan perhatian saya untuk menjadi 'satirawan’ (penulis satira) pada hari ini.

Niat saya sebenarnya bukanlah untuk menyindir, jauh sekali menjatuhkan sesiapa. Sekadar ingin menzahirkan kepada anda betapa uniknya kita sebagai manusia, yang mungkin tidak disedari oleh anda sebelum ini. Jika ada pun yang menyedarinya, tentu sekali melalui pendekatan yang jauh berbeza.

Beberapa jam yang lalu, saya membelek beberapa naskah majalah EH! yang menjadi koleksi dalam simpanan saya. Saya terbaca laporan fesyen berkenaan beg tangan koleksi “I’m not a plastic bag” dari Anya Hindmarch yang menjadi kegilaan ramai. Nama koleksi beg tangan ini mengundang senyuman sinis pada wajah saya. Entah mengapa, saya begitu tertarik dengan konsep beg ini. Anya Hindmarch menggunakan landasan fesyen untuk mempromosikan dan menyokong usaha mengurangkan penggunaan plastik. Tiba-tiba terlintas di fikiran saya akan penggunaan plastik yang kian meningkat. Plastik ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk. Ancaman plastik sememangnya perlu dihapuskan segera.

Begitu juga ‘plastik’ bernyawa. Satu ancaman yang cukup besar. Saya cukup rimas dengan ‘plastik bergerak’ ini.

Saya begitu pantang dengan individu yang plastik seperti ini. Di hadapan kita mereka berkias-kias, bersantun kata dan berhalus bicara. Mereka berlagak umpama merekalah teman yang paling setia. Tetapi sebaliknya bila membelakangkan kita, mereka bersungguh-sungguh menentang. Ada sahaja cerita kita yang dicanangkan ke sini dan sana. Ada pula yang mempergunakan kita untuk kepentingan sendiri. Mengarah-arah kita bagaikan kita hamba abdi dan kulinya pula. Hai, bukan maksud untuk berkira dengan teman. Tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain pula. Jangan salah tafsirkan prinsip ‘A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED’.

Lain pula kisahnya bila ‘plastik’ bertemu ‘plastik’. Umpama meludah ke lantai, kemudian dijilat semula. Di belakang, habis segala pekung di buka. Yang baik jadi buruk, yang buruk bertambah hanyir. Tapi bila saling bersemuka, bau tahi pun menjadi wangi. Saling mengumpat antara satu sama lain. Saling memperalat sesama sendiri. Memang padanlah begitu. Hanya plastik sesama plastik yang saling memahami. Umpama penyamun bergaul dengan penyangak.

Plastik memang banyak kegunaannya, tetapi dalam masa yang sama merupakan ancaman yang bisa memudaratkan. Saya sentiasa memerhatikan plastik-plastik ini dan berusaha mengelakkan diri dari menjadi mangsa plastik bergerak. Keikhlasan saya dalam berteman ada batasannya. I’m not a plastic bag!! Saya bukan plastik seperti anda. Jangan libatkan saya waima sekelumit pun dalam dunia plastik anda.

Kepada sesiapa yang pernah menjadi plastik di hadapan saya suatu ketika dahulu, saya harap anda sudah mula menyedari akan “kepentingan mengurangkan penggunaan plastik” dalam kehidupan seharian.

Forgiven, but never forgotten ..

- Zuriaty Mohamad -

.: sarcastic, but not a plastic :.

dearest SUNSHINE*

temukan aku dengan doraemon agar dapat aku mengembara ke zaman lalu~
zaman KAMU sentiasa dekat dengan aku..
zaman kamu dan aku sangat rapat, macam belangkas..
sampai orang ingat aku ngan kamu sepasang kekasih..
uwaaa.. kamu sangat spesel.
kamu lain daripada yang lain.
kamu sempoi.
kamu sederhana.
kamu sentiasa memahami aku..
kamu sentiasa buat kepala otak aku berfikir.
kamu buat aku selalu rasional.
kamu selalu buat aku senyum dan rasa bahagia;
walaupun pada masa yang sama kamu asyik nak menyakat dan buat aku merajuk.
kamu selalu je object ape yang aku cakap;
tapi in the end aku tahu kamu bukan sengaja nak mengongkong - tapi kamu buat semua tu demi kebaikan aku jugak.
kamu macam keluarga yang sentiasa melindungi aku dari segala yang tidak baik.
kamu jugak sahabat karib - tempat aku meluahkan segala rasa marah mahupun rasa duka.
kamu pendengar yang setia..
kamu dengar je kalau aku bercerita, membebel atau merengek..
kamu dengar dengan penuh sabar dan senyuman yang tak pernah lekang..
sikit pun kamu tak merungut..
kamu sentiasa buat aku ketawa dan gembira..
well, kamu kata kamu suka tengok aku ketawa..
kamu suka dengar bunyi aku gelak - walaupun aku tahu aku gelak macam setan..
aku tak boleh lupa bila kamu cakap, "kamu tidak perfect, tapi kamu unik.."
kamu jugak pernah cakap kat aku, "to me you are phenomenal in your own ways.."...
dan tentu sekali aku takkan pernah lupa bila kamu confess segala isi hati dan isi perut kamu pada aku.
mula2 kamu berkias2 je (aku mintak maaf sebab masa tu aku tak berapa tangkap apa yang kamu cuba cakap)..
kemudian kamu berterus terang..
sorry sangat2..
aku diam bukan sebab aku tak mahu,
cuma aku tak tahu apa nak cakap.
tapi kenapa kamu tak tanya aku untuk kali kedua..??
kalau kamu tanya, SUMPAH aku akan cakap "yes, i'll be your girlfriend. i love you too!" tanpa ragu2..

uhuhu..
kalau kita boleh kembali ke zaman dulu..
aku takkan biarkan kamu sendiri.
setiap kali kamu hantar sms, "gdnyte buttercup. see u in dreamland. mwahh! ILYSM :)", aku akan reply balik "ILYSM too! :)" kerana itulah sebenarnya apa yang aku rasa..
aku janji aku akan join kamu main basketball setiap petang instead of duduk memalaskan diri kat tepi court dan tengok kamu main sorang2..
and i'll cherish every sunset yang kita saksikan sama2 kat Esplanade & Tanjong beach..
every song we sang together bila kita sama2 lepak di Grand Old Lady bertemankan guitar dan pringles hijau..
every supper and football match yang kita tengok tengah2 malam bersama kat Perwira..
every dinner kat Damai Setia..
everytime aku tarik lengan t-shirt kamu bila aku sangka ada tikus kat dalam hall bila kita tengok movie sama2..
EVERYTHING!

sorry sebab ambil masa yang lama untuk aku sedar bahawa aku mahu bersama dengan kamu,
walaupun awal2 lagi aku sudah tahu yang aku memang sayangkan kamu sepenuh hati..
walaupun kita berlainan budaya..
walaupun kita berbeza agama..
AKU SAYANG KAMU~
kamu pernah berada dalam hati aku, walaupun kamu mungkin tak menyedarinya.
terima kasih kerana menjaga aku..
aku hargai kasih sayang kamu.
aku minta maaf sebab tak menerima kamu dulu..
tapi percaya laaaa..
itu semua bukan kerana aku tak menyayangi kamu...
anggaplah itu kebodohan aku di masa lalu.
kamu lelaki yang baik.
kamu hampir sempurna.
mungkin aku tidak layak untuk bersama kamu.
padan muka aku kannnn..??
tapi kini, aku harap kamu bahagia dengan dia..
jika kamu perlukan aku, aku sedia menerima kamu.
aku ada di sini..
aku masih sayangkan kamu sepenuh hati.
i'm still your buttercup; and you'll always be my little ray of sunshine.
ILYSM! :')

p/s : SUNSHINE, happy chinese new year in advance to you.. may this year will be a productive and prosperous one for you and your family.. :)

February 9, 2010

update~

fast updates about my life so so far..

..life is getting hectic && cruel day by day.
..charger lap top rosak :(
..Malam Gemilang Sepuluh (MGS) is just around the corner; but I'm 100% positive that I'm NOT going. nope I just don't feel like going to. annual dinners/proms/whatsoever just aren't my thing.
..officially broke with only 15 bucks in my purse :(
..assignments && presentations are driving me crazy.
..I feel lonely && useless (but at times I feel used, too). I'm unreliable. I'm complicated. I feel asphyxiated && I'm suffocated by my own way of life. I'm clueless. I'm in a state of dilemma. I'm happy but I feel complex too. Euphoria & Labyrinth..
..MISTRUSTFULNESS && PARANOID.
..but above all - here I am! breathing. alive. that's all that matters right?

*as usual, I need my support system very badly :(

February 3, 2010

the day Jaja gets a year older*

happy 21st birthday to my beloved roomate; one of my bestest bestfriend - miss Norliza Borhan a.k.a cik Jaja/cik Markonah/cik Abot..
may Allah the almighty bless you with love, happiness && wonderful years ahead.
i'm wishing you all the best in life and good luck in your future undertakings.
enjoy being 21 sayang! :)
loveeeeee (6 harakat) you dear~
muahhx :DD