December 8, 2010

hi :)

salam semua :)

maaflah sebab lama dah tak menziarah. berhempas pulas aku memerah otak untuk mengingat balik password blogger ni. alhamdulillah, akhirnya dapat jugak. so, here i am. im writing again :)

selama tak muncul di blogger ni, aku berumahtangga di tumblr. kalau senang-senang dan ada kelapangan, jenguk-jenguklah aku di sini.

buat masa ni aku tak punya banyak cerita untuk dikongsi di sini. ermm cerita tu memang banyak sebenarnya, tapi jari-jemari ni macam beratlah pulak nak menaip. almaklumlah malas. jam pun dah pukul 2.30 pagi. bila jari dah berat, alamatnya mata pun beratlah juga.. lagipun aku tengah bertarung nyawa dengan final exam sekarang. makanya, lepas habis segala azab dan selesai menghabiskan ink pen menjawab exam, aku kembali menulis. banyak benda jugak aku nak kongsikan ni. amacam? deal?

till then, jangan nakal-nakal.. :)

November 21, 2010

August 17, 2010

creepiest dream ever

i swear i had the creepiest and weirdest dream ever last night; a disastrous nightmare that scare the effin' hell out of me.

I WAS MARRIED TO MY BIAS (you know who) and HAD BABY YOOGEUN.

it was a damn good 'academy-award-best-picture-winner-movie' type of dream UNTIL i had this one ugly woman who came up to me and tell me that she's PREGNANT. and it's my husband's. and no no no, that wasnt the worst part. i was waiting for him at home for an explanation but i ended up receiving another shocking news - he came home with another pregnant woman, this time holding a 4 or 5 year old girl; claiming that i'm not the only wife he had. HE HAD ANOTHER WIFE with a DAUGHTER and expecting another baby - and it's gonna be TWINS.

and how dare he told me that he's going to marry the first pregnant woman too T_______T
crap. i feel so betrayed. that was probably the scariest dream i ever had in my 20-turning-21-soon years of living.

i remember every single part of it. i can even remember his cellphone number.

well the only precious moment in that dream is that i had the helplessly adorable YOOGEUN as my son; the only tiny little ray of hope that's left in my life after being betrayed by my husband.
CREEPY, i tell you. me, as the dreamer was hopelessly betrayed by my own dream.

August 16, 2010


because im your NEMO. i keep losing my way but you never fail to bring me back. take me there and please keep me there forever :)

August 9, 2010

R.I.P in heaven :')

"your spirit pulls me through, when nothing else will do".
you're a great man, a great father, a great friend, a wonderful human being with a beautiful heart and soul; that's why you're so important to him. you brought him up so well - we owe and thank you for that wholeheartedly. it has been 4 years since you left, but you'll always be remembered and missed; never forgotten even for a second. please keep watching over him from where you are now, dont ever stop cheering, protecting and smiling for him. you're his strength and inspiration. and one day when he meet you again in heaven, please hug him tightly; tell him how much miss him and how proud you were. RIP in heaven :')

July 26, 2010

awal semester

ohh hello sume *fuhh fuhh.. meniup habuk debu dan sesawang*. lama gila tak update blog ni haa. rindu aku tak? huhuhuhuhuhuhuhu tak rindu pon takpe. aku update pun bukannye korang nak baca kan?

well sepanjang tempoh aku menghilangkan diri dari blog ni, aku telah menemui cinta baru di tumblr. aku kini dah berumahtangga di tumblr pulak dah sekarang, tapi jangan risau aku masih tetap akan mengemaskini blog peribadi ni (walaupun jarang). nak ke link tumblr aku? ermm lain kali la ye aku bagi?

anyhoos..

nak dijadikan cerita aku ni baru je memulakan tahun kedua aku di universiti malaya ni ha. aissshh sophomore kate orang putih di negara uncle sam. kenal uncle sam? alaaah negara uncle sam tu amerika la.. so macam biasa la pulak kan, kalau awal-awal sem ni mesti ade je masalah. clash kat sana sini. naik jenuh aku nak register subjek. jangan kata clash antara jabatan major ngan minor, clash antara paper major pun ada tau. macam mana tuh? sekarang major minor aku dah tunggang langgang. major ke laut, minor ke bukit, sah sah kene extend ni kang. sape nak jawab? rujuk kat orang jabatan, orang jabatan buat tak cara je. sepak ke situ, terajang ke sana, tolak ke sinun. macam haram je. menyampah aku! dengan duit ptptnnye tinggal sejemput je. aku nak makan ape sem ni? nak potong pon agak-agak la kan. ni main tolak je. mentang-mentang duit pinjaman. akai takdak.

..dan aku masih lagi di kktaz; kolej kediaman tun ahmad zaidi (kolej 10) yang sekarang dah jadi macam international house sebab bebudak international bersepah-sepah. ade je merata-rata. rasa macam aku pulak budak international. sedih kot.. bukan aku tak menerima kebanjiran (waaaahhh kauuu) student international kat kolej ni, tapi rasa sunyi yang amat. dengan slow rocknye pon dah takde. laman perindu jadi sunyi gile. kalau dulu pukul 3 4 pagi pun masih lagi dengar bunyi cik-cik kak sebelah menyebelah tengah bergosip dan anak-anak jantan kaum adam bersorak melalak main game. sekarang beruk pun dah tak nampak batang hidung dah.. uhhhh. aku tahu kolej takkan semeriah dulu tapi aku tetap nak tinggal kat sini. walaupun semua dah berubah. senang nak sesuaikan diri dengan orang baru, tapi susah nak adapt dengan tempat baru. biarlah orangnye silih berganti, asal kolej masih tetap begitu. bak kata orang (orang la) tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bergelak ketawa dan bergurau senda tak hengat dunia. macam slow rock tu laaaa.. T.T

anyways,
sem ni aku dok sebilik ngan mastini. syukur alhamdulillah; dapat berumahtangga dengan member karib yang memang aku dah rasa selesa. dapat pulak bilik kat tingkat 1. uhhhh memang kurang la semput dan sengal kaki panjat tangga. kktaz la pulak kan, tangga macam batu caves.

ye, banyak perkara yang aku nak komplen sebenarnye. tapi kalau asyik nak komplen je lagu mana masalah nak selesai ye dak? kesimpulannya, benda yang nampak kekal macam dulu sebenarnya dah jauh berubah, dan perkara yang orang sangkakan dah berubah tu sebenarnya masih sama je seperti dulu. ikut je la labu. 'go with the flow' kata omputih. yang penting idop still jalan. redah je la kan? buat hal sendiri sudaaahh.

June 7, 2010

What's your favorite type of flower?

red && white roses, white lilies.. :)

give me interesting questions && i'll give interesting answers :D

What would your dream job look like?

working at malaysian embassy in foreign countries ;D

give me interesting questions && i'll give interesting answers :D

What was your favorite year?

2009, because it was SHINee's year. 2009, year of us :D im a shawol :)

Ask me anything

What's your favorite movie quote?

you were much muchier. you have lost your muchness - mad hatter (johnny depp) in alice in wonderland :)

Ask me anything

June 2, 2010

April 12, 2010

dramaswasta

getting more && more addicted to dramas. tak padan ngan nak final exam; still jugak sibuk nak menghadap laptop dari pagi sampai pagi besoknya..

currently very busy watching && downloading these:


personal taste/personal preference.
starring: Lee MinHo ♥
best gile. baru episod 4; tapi sangat addictive..


down with love.
a Taiwanese drama starring Jerry Yan [pure hotness] && Ella Chen. hilarious! kelakar && sangat best citer nihh. they look great together.. :)


oh! my lady.
starring Choi Siwon of Super Junior. tak tengok lagi sebenarnya, tapi tengah sibuk mendownload. sekarang baru sampai episod 6..

east asian dramas are very addictive. there's nothing else i could say.. :)

April 4, 2010

Eunhyuk's Birthday!!


happy 24th birthday to Lee Hyuk-jae a.k.a Eunhyuk; the silver of Super Junior.
may the angels protect you, troubles neglect you && god bless you in everything you do.
you'll always be loved.
many happy returns to you.

March 28, 2010

random rants.

I consider myself as a Happy-Depressed-Tired person.
my C: drive is always happy but my D: drive seems to be somewhat depressed.
sick.
and tired.
I am sick and tired of always being sick and tired.
somehow;
I can't deny that I am a lot happier being a Happy-Depressed-Tired person.

March 21, 2010

SuJu's SS2 in KL!

OMG OMG OMG!
I WENT TO SEE SUPER JUNIOR's SUPER SHOW 2 LIVE IN KUALA LUMPUR!
RIGHT BY THE STAGE SIDE AT ROCKPIT!
I SAW THEM ALL DAMN CLEARLY!
[alhamdulillah - praise to got that I finally get a chance to meet them].

I went to Putra Stadium Bukit Jalil yesterday (20032010) with Tinna Wound & Nisa at 6 pm..
up till this moment I still can't believe it...!!
what a last minute plan..
and the show totally worth the money we invested.
they were all super cool; super fun; super talented; super cute; super good looking; super friendly; super energetic; super sexy; super crazy; super down to earth..
that show was just awesome!
awesome! awesome! awesome!

I'm so touched by Leeteuk - he cried on stage while singing 'Shining Star'.. :')

well, they were just great on stage; even with the language barriers. but still they put such an energetic and friendly show - even with only 10 members (excluding Hangeng, Kibum & Kangin).


Eunhyuk oppa ♥
the best dancer

Kyuhyun oppa ♥
the voice of an angel

Leeteuk oppa ♥

Yesung

got shot by Heechul oppa ♥

full house concert

my babies! can't believe I was that close to them..

above all;
last night was one of the best, happiest, finest, unforgettable night ever.. :)

p/s more pictures on my facebook :)

March 15, 2010

Super Junior live in KL! :(

Super Junior live in KL next saturday..


Super Junior 'The Super Show 2 Live in KL'.
Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil.
March 20th, 2010.
tix : RM138/238/458 [SOLD OUT]

cant be there though I really want to.
I'd do anything to get the tix & watch SuJu (even without 2 of their members - if I'm not mistaken); but the tix are SOLD OUT [one of the tix agents is UC Travel at our very own UM :( ].
plus, I won't even get the chance to stalk them at KLIA 'cuz my partner in crime darling StellaBella will be very busy at UPM..


anyway; to those who are going - ENJOY YOURSELF. I'm sure it will worth the money you spent for the extremely expensive tix :'(

and to SuJu - I don't go to your concert doesn't mean I don't love you guys. welcome to Malaysia you super dudes!

p/s : ♥ KyuHyun && EunHyuk to bits damn much.. :)

March 13, 2010

nowhere near perfect..

Euphoria Labyrinthine

current facebook's profile picture.

nak dijadikan cerita, beberapa detik yang lalu aku menerima friend request dari seorang sahabat melalui fb.
setelah ku kaji dan teliti profile beliau, aku pun 'approve' la beliau sebagai kawan walaupun aku tak berapa mengenali beliau sebab beliau warga UM juga.
mungkin pernah terserempak di mana2 tapi aku tak ingat akan wajahnya.
beberapa hela nafas setelah itu maka muncullah 'notification'..

"(nama penge'add') commented on your new friendship".

dengan senang hatinya aku pun membaca isi komen berkenaan.. butir2 komen agak menyentap tetapi kemudian buat aku tersenyum kecil.

beliau : salam ukhuwah. on no soul does Allah place a burden greater than it can bear (ayat yang di copy paste dari note kat bawah profile picture di profile facebook aku)~. cantik dah ayat quran ni, tapi lagi cantik kalau gambar profile tu menutup aurat.. (^_^)

maka bermula la sesi bela diri dan komen-mengomen ringkas, tapi dijalankan dalam suasana yang sungguh aman dan secara sopan tanpa sebarang unsur2 pergeseran.

aku : thnx for the advice. bukan tak tutup, cuma tak tutup habis je. i know. perubahan bukan secara drastik, tapi sikit demi sikit. insyAllah. salam ukhuwah :)

dipendekkan cerita, sang sahabat mengomen balas dengan mengatakan...

beliau : ok.. saya tunggu perubahan itu. jgn 'bermanis mulut' dengan insyAllah shj. ingat itu k? saya tinggalkan persoalan untuk awak, awak bertudung kerana niat fesyen atau nak ikut2 org pakai tudung atau utk menutup aurat. k.. maafkan saya sbb 'terjah' tak tentu pasal.. (^_^). siapalah saya..

aku : tak pe saya tak marah. saya menjawab tadi pun bukan sebab tak menerima teguran. cuma membela diri. tapi tak bermaksud tak menerima teguran. dan saudara (nama beliau), saya bertudung bukan kerana fesyen semata-mata. kalau saya suka2 nak berfesyen saya tak pakai tudung biasa macam ni. saya pakai tudung yang lilt2 atau tudung yang mcm bini mawi pakai tu.. anyway, terima kasih kerana concern.. :)

beliau : ok.. kena ingat insyAllah tu k.. (^_^)

err.. nampak macam aku sengaja bertudung untuk berfesyen semata-mata ke?

well, aku hargai nasihat yang diberikan.. jawapan aku bukanlah bermaksud aku tak menerima teguran. aku terima segala yang ditegur. aku tahu kebenaran akan setiap teguran itu. walaupun ilmu aku tentang agama tak tinggi, tapi aku bukanlah jahil. memang benar mungkin nampak tak elok bila mengenakan tudung tapi berbaju t-shirt lengan pendek.

aku bukanlah berasal-usul dari spesis manusia yang bertudung pada awalnya.. dulu (zaman muda2) aku memang kurang menjaga bab pakaian. singlet, hot pants, t-shirt sendat, jeans ketat.. memang dah jadi pakaian rasmi aku. tapi sekarang aku dah rasa lebih dewasa dan lebih selesa mengenakan tudung. baru dalam 5-6 bulan je pun mengenakan tudung. aku akui la yang aku masih selesa dengan jeans dan t-shirt walaupun telah bertudung. aku bukan jenis yang nak mengenakan jubah atau baju labuh sampai ke lutut. cuma aku sesuaikan dengan pemakaian tudung je. tapi sama sekali aku TAK PERNAH menganggap bertudung tu sekadar fesyen.. niat bertudung memang iklas, tapi mungkin keiklasan dalam hati tak kena dengan apa yang aku zahirkan pada pandangan mata kasar. mungkin bagi pandangan orang ia agak tak kena.. maklumlah, kita bercakap berlainan 'bahasa'. minta maaflah kalau nampak tak elok pada pandangan sesetengah orang, tapi aku selesa begini. tapi aku tetap akan cuba perbaiki dan sesuaikan sebaik-baiknya.

terima kasih buat beliau yang berkenaan. saya sikit pun tak marah dengan teguran saudara.. saya terima seadanya kerana saya sedia maklum yang teguran saudara itu ada benarnya. insyAllah saya akan perbaiki apa yang tak kena sebaik-baiknya.. :)

March 10, 2010

nokia nan merah

tumpang bertanya..




pernahkah anda melihat telefon bimbit ini di pasaran ketika ini?
kalau tak silap fon ni keluaran tahun 2007.
sekarang macam tak wujud langsung pun di pasaran.
cari punya cari, tak jumpa2 pun.
dah pupus ke?
well,
kalau ada sesiapa ternampak model ini dijual di mana-mana,
sila maklumkan pada beta ok?
nokia n76 merah nan seksi lagi bergaya..
idaman hati sejak zaman berzaman.
firsthand & zitron sahaja yahh.
;)

zombie

minggu yang sangat memenatkan tetapi sangat produktif.
sibuk ngan kelas (seperti biasa la).
presentations & essays yang tak berkesudahan..
(makin nak dekat dateline makin bertambah pulak assignment).
ke hulu ke hilir cari tajaan untuk buat program kolej yang memang dah tak punya banyak masa.
siapkan group assignment untuk Ethnic Relations..
buat latihan tarian untuk presentation (after 12 midnight sebab semua orang sibuk sebelum 12 malam).
biological clock pulak kembali rosak dan twisted sebab tidur kurang 3 jam setiap hari..
tak lama lagi mesti aku berevolusi jadi Zombie~

March 7, 2010

effa-darla, yours truly, mar && hanna antarkuz..

missing my babes damn much.
only you darlings can mend my broken heart.
LOVE you sistahhhs to bits.
muahhs!* :'(

*waktu bahagia*

February 27, 2010

addicted~!!

SOUTH KOREA - a beautiful country in East Asia, the land that gave us K-Pop & addictive Korean drama series. blerghhh..

dulu aku tak pernah minat langsung tengok drama korea..
aku tahu la jugak sikit2 pasal winter sonata, my love patzzi, the succesful story of a bright girl, autumn in my heart, stairways to heaven..
itu pun sebab parents aku yang addicted.
tapi cuma Won Bin dan Daniel Henney je pelakon yang aku kenal..
Won Bin tu sebab die belakon dalam autumn in my heart, and my bestfriend Stella pulak memang addicted yang bukan2 ngan Daniel Henney (Daniel Oh kan nama dia..??).
kalau nak cite pasal K-Popstars pun aku ni takde la tak kenal langsung..
aku kenal je BoA, Rain, Kangta, TVXQ, SS501 dan Girls Generation seumpamanya..
cuma tak ikut sangat perkembangan diorang.
setakat single dan video music diorang tu aku tahu la jugak sebab aku ni kaki MTV.
kesimpulannya aku bukanlah tak tahu langsung, cuma tak ambil port sangat.
tapi semenjak dua menjak selepas cuti chinese new year (or Seoullal in Korea) hari tu aku dah mula addicted dah.
aku mula jatuh cinta..
mula tengok balik drama2 korea dan mula dengar balik lagu2 korea (walaupun sangat susah untuk sing along sebab susah nak sebut).
dan cinta lama berputik kembali~



dulu sekadar suka tengok je..
tapi sekarang dah suka yang amat sangat!
saranghaeyo KIM HYUN JOONG! :)


February 12, 2010

I'm not a plastic bag!

[from my Friendster blog - November 08th, 2008]

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2005, perkataan 'satira’ membawa maksud karya (prosa atau puisi) yang mempersendakan atau menyindir orang ..

Secara peribadinya, saya memiliki satu sifat yang agak kompleks untuk difahami sesetengah individu yang dekat dengan saya, salah satunya ialah pemerhatian dan pengamatan saya yang agak ‘paradoks’ tentang sifat dan tingkah laku orang di sekeliling saya. Oleh sebab itu, saya telah menjadi seorang yang anti-klise. Pengamatan inilah yang telah membuka ruang dan perhatian saya untuk menjadi 'satirawan’ (penulis satira) pada hari ini.

Niat saya sebenarnya bukanlah untuk menyindir, jauh sekali menjatuhkan sesiapa. Sekadar ingin menzahirkan kepada anda betapa uniknya kita sebagai manusia, yang mungkin tidak disedari oleh anda sebelum ini. Jika ada pun yang menyedarinya, tentu sekali melalui pendekatan yang jauh berbeza.

Beberapa jam yang lalu, saya membelek beberapa naskah majalah EH! yang menjadi koleksi dalam simpanan saya. Saya terbaca laporan fesyen berkenaan beg tangan koleksi “I’m not a plastic bag” dari Anya Hindmarch yang menjadi kegilaan ramai. Nama koleksi beg tangan ini mengundang senyuman sinis pada wajah saya. Entah mengapa, saya begitu tertarik dengan konsep beg ini. Anya Hindmarch menggunakan landasan fesyen untuk mempromosikan dan menyokong usaha mengurangkan penggunaan plastik. Tiba-tiba terlintas di fikiran saya akan penggunaan plastik yang kian meningkat. Plastik ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk. Ancaman plastik sememangnya perlu dihapuskan segera.

Begitu juga ‘plastik’ bernyawa. Satu ancaman yang cukup besar. Saya cukup rimas dengan ‘plastik bergerak’ ini.

Saya begitu pantang dengan individu yang plastik seperti ini. Di hadapan kita mereka berkias-kias, bersantun kata dan berhalus bicara. Mereka berlagak umpama merekalah teman yang paling setia. Tetapi sebaliknya bila membelakangkan kita, mereka bersungguh-sungguh menentang. Ada sahaja cerita kita yang dicanangkan ke sini dan sana. Ada pula yang mempergunakan kita untuk kepentingan sendiri. Mengarah-arah kita bagaikan kita hamba abdi dan kulinya pula. Hai, bukan maksud untuk berkira dengan teman. Tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain pula. Jangan salah tafsirkan prinsip ‘A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED’.

Lain pula kisahnya bila ‘plastik’ bertemu ‘plastik’. Umpama meludah ke lantai, kemudian dijilat semula. Di belakang, habis segala pekung di buka. Yang baik jadi buruk, yang buruk bertambah hanyir. Tapi bila saling bersemuka, bau tahi pun menjadi wangi. Saling mengumpat antara satu sama lain. Saling memperalat sesama sendiri. Memang padanlah begitu. Hanya plastik sesama plastik yang saling memahami. Umpama penyamun bergaul dengan penyangak.

Plastik memang banyak kegunaannya, tetapi dalam masa yang sama merupakan ancaman yang bisa memudaratkan. Saya sentiasa memerhatikan plastik-plastik ini dan berusaha mengelakkan diri dari menjadi mangsa plastik bergerak. Keikhlasan saya dalam berteman ada batasannya. I’m not a plastic bag!! Saya bukan plastik seperti anda. Jangan libatkan saya waima sekelumit pun dalam dunia plastik anda.

Kepada sesiapa yang pernah menjadi plastik di hadapan saya suatu ketika dahulu, saya harap anda sudah mula menyedari akan “kepentingan mengurangkan penggunaan plastik” dalam kehidupan seharian.

Forgiven, but never forgotten ..

- Zuriaty Mohamad -

.: sarcastic, but not a plastic :.

dearest SUNSHINE*

temukan aku dengan doraemon agar dapat aku mengembara ke zaman lalu~
zaman KAMU sentiasa dekat dengan aku..
zaman kamu dan aku sangat rapat, macam belangkas..
sampai orang ingat aku ngan kamu sepasang kekasih..
uwaaa.. kamu sangat spesel.
kamu lain daripada yang lain.
kamu sempoi.
kamu sederhana.
kamu sentiasa memahami aku..
kamu sentiasa buat kepala otak aku berfikir.
kamu buat aku selalu rasional.
kamu selalu buat aku senyum dan rasa bahagia;
walaupun pada masa yang sama kamu asyik nak menyakat dan buat aku merajuk.
kamu selalu je object ape yang aku cakap;
tapi in the end aku tahu kamu bukan sengaja nak mengongkong - tapi kamu buat semua tu demi kebaikan aku jugak.
kamu macam keluarga yang sentiasa melindungi aku dari segala yang tidak baik.
kamu jugak sahabat karib - tempat aku meluahkan segala rasa marah mahupun rasa duka.
kamu pendengar yang setia..
kamu dengar je kalau aku bercerita, membebel atau merengek..
kamu dengar dengan penuh sabar dan senyuman yang tak pernah lekang..
sikit pun kamu tak merungut..
kamu sentiasa buat aku ketawa dan gembira..
well, kamu kata kamu suka tengok aku ketawa..
kamu suka dengar bunyi aku gelak - walaupun aku tahu aku gelak macam setan..
aku tak boleh lupa bila kamu cakap, "kamu tidak perfect, tapi kamu unik.."
kamu jugak pernah cakap kat aku, "to me you are phenomenal in your own ways.."...
dan tentu sekali aku takkan pernah lupa bila kamu confess segala isi hati dan isi perut kamu pada aku.
mula2 kamu berkias2 je (aku mintak maaf sebab masa tu aku tak berapa tangkap apa yang kamu cuba cakap)..
kemudian kamu berterus terang..
sorry sangat2..
aku diam bukan sebab aku tak mahu,
cuma aku tak tahu apa nak cakap.
tapi kenapa kamu tak tanya aku untuk kali kedua..??
kalau kamu tanya, SUMPAH aku akan cakap "yes, i'll be your girlfriend. i love you too!" tanpa ragu2..

uhuhu..
kalau kita boleh kembali ke zaman dulu..
aku takkan biarkan kamu sendiri.
setiap kali kamu hantar sms, "gdnyte buttercup. see u in dreamland. mwahh! ILYSM :)", aku akan reply balik "ILYSM too! :)" kerana itulah sebenarnya apa yang aku rasa..
aku janji aku akan join kamu main basketball setiap petang instead of duduk memalaskan diri kat tepi court dan tengok kamu main sorang2..
and i'll cherish every sunset yang kita saksikan sama2 kat Esplanade & Tanjong beach..
every song we sang together bila kita sama2 lepak di Grand Old Lady bertemankan guitar dan pringles hijau..
every supper and football match yang kita tengok tengah2 malam bersama kat Perwira..
every dinner kat Damai Setia..
everytime aku tarik lengan t-shirt kamu bila aku sangka ada tikus kat dalam hall bila kita tengok movie sama2..
EVERYTHING!

sorry sebab ambil masa yang lama untuk aku sedar bahawa aku mahu bersama dengan kamu,
walaupun awal2 lagi aku sudah tahu yang aku memang sayangkan kamu sepenuh hati..
walaupun kita berlainan budaya..
walaupun kita berbeza agama..
AKU SAYANG KAMU~
kamu pernah berada dalam hati aku, walaupun kamu mungkin tak menyedarinya.
terima kasih kerana menjaga aku..
aku hargai kasih sayang kamu.
aku minta maaf sebab tak menerima kamu dulu..
tapi percaya laaaa..
itu semua bukan kerana aku tak menyayangi kamu...
anggaplah itu kebodohan aku di masa lalu.
kamu lelaki yang baik.
kamu hampir sempurna.
mungkin aku tidak layak untuk bersama kamu.
padan muka aku kannnn..??
tapi kini, aku harap kamu bahagia dengan dia..
jika kamu perlukan aku, aku sedia menerima kamu.
aku ada di sini..
aku masih sayangkan kamu sepenuh hati.
i'm still your buttercup; and you'll always be my little ray of sunshine.
ILYSM! :')

p/s : SUNSHINE, happy chinese new year in advance to you.. may this year will be a productive and prosperous one for you and your family.. :)

February 9, 2010

update~

fast updates about my life so so far..

..life is getting hectic && cruel day by day.
..charger lap top rosak :(
..Malam Gemilang Sepuluh (MGS) is just around the corner; but I'm 100% positive that I'm NOT going. nope I just don't feel like going to. annual dinners/proms/whatsoever just aren't my thing.
..officially broke with only 15 bucks in my purse :(
..assignments && presentations are driving me crazy.
..I feel lonely && useless (but at times I feel used, too). I'm unreliable. I'm complicated. I feel asphyxiated && I'm suffocated by my own way of life. I'm clueless. I'm in a state of dilemma. I'm happy but I feel complex too. Euphoria & Labyrinth..
..MISTRUSTFULNESS && PARANOID.
..but above all - here I am! breathing. alive. that's all that matters right?

*as usual, I need my support system very badly :(

February 3, 2010

the day Jaja gets a year older*

happy 21st birthday to my beloved roomate; one of my bestest bestfriend - miss Norliza Borhan a.k.a cik Jaja/cik Markonah/cik Abot..
may Allah the almighty bless you with love, happiness && wonderful years ahead.
i'm wishing you all the best in life and good luck in your future undertakings.
enjoy being 21 sayang! :)
loveeeeee (6 harakat) you dear~
muahhx :DD


January 17, 2010

losing trust..

i think i'm about to lose my trust and faith in someone - but i try not to..
ya Allah; please give me strength..
i dont want to lose another friend.
..or was it the other way round?
please dont make my friend lose a friend like me - a GOOD one.
i was right, am i..??

January 14, 2010

SIBUK~

kesibukan tahap dewa..
meetings, classes, tutorials, lectures..
dari fakulti sampailah ke kolej asyik sibuk memanjang..
5 projek dalam masa sebulan, termasuklah satu sebagai project manager..
itu yang dah confirm.. ade lagi yang menyusul tuhh..
itu baru sebulan..
bulan2 yang akan datang tak tahu lagi..
setiap malam sibuk kat kolej.
meeting. taklimat. dinner (slowrock la...).
lepas tu nak kelas lagi.
kesimpulannya, semester ini memang sangat best.
merit ade di mana2. bersepah2..
tinggal nak kutip and kejar je.
ade sesetengah tu datang bergolek dan melayang je.
tahu2 dah kene rekrut jadi AJK.
hahaha~
go3!
kumpul merit banyak2..
next sem insyAllah boleh stay kolej..
hehe.

January 4, 2010

korbankan 1 antara 3..

hari keempat tahun 2010.
aku dalam dilema.
antara 2 atau 3..
antara mengorbankan atau berkorban.
antara digi, celcom dan maxis.
digi - untuk contact family..
celcom & maxis - untuk surive di KL..
lagi pun number celcom dan maxis aku cukup menggoda..
sangat best sampaikan aku pun tak sanggup untuk mengorbankannya.
aku tak tahu nak korbankan yang mana satu~..
arghhh dilema!
sekarang aku cuma ada 2 fon..
nokia untuk celcom.
maxis dan digi plak berkongsi kasih untuk SE.
maka kesudahannya..
bila merenung balance akaun bank islam && maybank berkepuk-kepuk,
mulalah aku memasang nawaitu untuk buat madu 3.
aku rasa macam nak beli fon baru..
oleh kerana nokia yang satu tu tak berapa nak sedap sangat untuk sms..
dan SE cuma untuk capture gambar (sebab takde nafsu nak sms ngan SE),
maka aku merasakan wajar untuk aku beli nokia yang lebih sedap untuk berSMS.
baru nak survey harga..
rasanya di MIRI lagi murah kot..
nak yang zitron je.. :P
so, antara yang sedang dalam pemerhatian adalah....

*BlackBerry Bold 9700 (perghhhh..!! ade hati..!!) - sekadar impian. tak minat pon BB.
*Nokia N95 8GB
*Nokia XpressMusic 5730 (pon ade 8gb jugak..)
*Nokia E71 black
*Nokia XpressMusic 5320

tapi kalau ditimbang matang-matang..
tak perlu la cari fon yang mahal sangat kan..??
sem lepas dalam tempoh tak sampai 3 bulan aku dah beli 2 fon ..
in less than 3 months plak pasang niat nak beli baru.
so cari la fon yang murah sikit kan..??
kalau boleh less than 1k la..
so tolak tepi 4 yang pertama.
jadi tinggal la Nokia XpressMusic 5320.
hurmm..
aku mencari fon yg sedap untuk taip sms.
nokia yang aku ade [Nokia XpressMusic 5130] tak best sms..
XM 5320 macam okey je..
sms pun comel..
sedap mata memandang..
selesa jari menaip..
kawan aku sorang ade gune fon ni..
macam best.
camera pon agak ok..
so....
hehehehe!
mari menabungggg! :DD