November 27, 2009

Eid Mubarak

salam aidil adha buat semua yang beragama Islam;
walau di mana jua anda berada.
bersihkan hati..
sucikan diri..
selami erti kemanusiaan yang setulusnya
&&
hayati erti pengorbanan sebenar.
semoga para tetamu Allah selamat menunaikan ibadah haji tahun ini..
dan semoga kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungan payung rahmat Allah S.W.T.. :)


p/s : salam aidil adha paling istimewa buat adik-adik Rumah Bakti Hulu Kelang yang tersayang.

baik-baik sayang :)

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi airmata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus dukamu sayang


karena bagiku kau kehormatanku
dengarkan dengarkan aku


hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
baik-baik sayang ada aku untukmu
hanya satu pintaku di siang dan malammu
baik-baik sayang karena aku untukmu


semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku sayang
karena bagiku kau kehormatanku
dengarkan dengarkan aku


hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
baik-baik sayang ada aku untukmu
hanya satu pintaku di siang dan malammu
baik-baik sayang karena aku untukmu


November 26, 2009

pesanan buat adik-adik

bermula 21 november hingga 24 november lepas aku terlibat sebagai fasilitator untuk satu program kem motivasi Menjana Cita dan Smart Solat anjuran JKP Akademik kolej aku. untuk program ni kami menjemput adik2 anak yatim dari Rumah Bakti Hulu Kelang untuk sama2 terlibat dalam program ni. tak dinafikan yang selama berlangsungnya program ini, memang terasa sangat penat dan tak larat. dengan tidurnya yang tak cukup dan karenah adik2 yang memang memeningkan kepale otak. tapi bak kate Master dan cik Mamy - biase la budak2.. hehe.. tak dinafikan ade di antara mereka yang agak kasar dari segi bahasa dan ada beberapa banyak jugak la antara diorang yang bermasalah. tapi mereka sebenarnya bukan jahat. mereka cuma perlu perhatian. bagi yang asyik membuli tu pulak, mereka sebenarnye membuli sebagai cara untuk melindungi diri mereka sendiri sebab mereka rasa insecure.


aku sempat juga berborak dengan pengasuh yang mereka gelar sebagai Umi. menurut Umi, kes buli di tempat itu memang satu fenomena biasa yang tak terbendung. bagi aku, sebenarnya masalah buli di sana boleh je diselesaikan kalau orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mendidik adik2 di sana menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka seperti mana yang sepatutnya.


terasa sangat sayu dan sedih bila time nak berpisah dengan mereka. nampak sangat yang mereka gembira dan bahagia berada bersama kami walaupun kena marah dan kena lalui aktiviti2 yang memenatkan. bila bersama kami, makan dan minum mereka terjaga. solat pun bersama-sama dengan kakak2 dan abang2 fasi. yang paling seronok time menari xi shua shua la.. pasang je lagu terus berdiri dan menari tanpa disuruh pun. mungkin mereka rasakan yang aktiviti kem kami ni berbeza dengan aktiviti2 di kem2 lain yang mungkin agak skema.


pape pon, aku sangat berharap yang adik2 mendapat input yang positif dari kem ni yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dimanfaatkan untuk masa hadapan. kalau panjang umur kita berjumpa lagi, dan harap2 adik2 akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. dan seperti mana yang aku nasihatkan pada adik2 di hari terakhir kem dengan linangan airmata, sayangilah rakan2. jangan buli sesama sendiri dan anggaplah rakan2 itu seperti keluarga sendiri yang sentiasa bersama. sentiasa ada untuk satu sama lain. adik2 yang aku sayang, kamu perlukan satu sama lain. kamu sebenarnya umpama satu keluarga di sana. kenapa kamu tak menyedari hal itu? dan jangan lupa menoleh ke UM; kerana adik2 ada keluarga di UM. ada abang2 dan kakak2 yang menyayangi adik2 semua :)


sampai masanya kita perlu kembali ke tempat asal. adik2 kembali ke Rumah Bakti, dan kami kembali sendirian di KKTAZ, kemudian kembali ke kampung halaman masing2. insyAllah, kami akan kembali ke Rumah Bakti untuk menjenguk adik2 pulak. tunggu ketibaan kami ok..?? sayang adik2 Rumah Bakti, sayang yang teramat kepada keluarga besar Kem Menjana Cita & Smart Solat. lupakan segala krisis, ambil ia sebagai satu ilmu yang berharga dalam membina nilai dan tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat. dan aku asyik menangis setiap kali dengar lagu laskar pelangi & baik-baik sayang. betapa simbolik dan signifikannya lagu itu; lirik yang begitu bermakna dan tentu sekali mengingatkan aku kepada mereka :)


p/s : gambar-gambar & video multimedia boleh didapati di facebook. thanks kepada kawan-kawan yang upload dan tagkan :)

November 21, 2009

laskar pelangi :)

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya


laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa


menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya..


cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita


laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mawarnai
jutaan mimpi di bumi


menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya..
selamanya..


laskar pelangi
takkan terikat waktu..


November 20, 2009

berakhirnya semester 1

semalam last paper aku untuk semester ni - AUEA 1101 Pengantar Hubungan Antarabangsa. huhu, agak lebar la jugak senyuman time baca soalan, tapi time nak menjawab soalan tiba-tiba kepala otak jammed la pulak. hah, padan muka aku. riak lagi.. lepas habis je exam, aku gi kat bangunan SKET ngan Tini, Yantzen, Irah and Ein untuk semak result APK dan TITAS. huhu, TITAS aku dapat B- (je?) while APK pulak A-. uhhh, janji tak repeat sudah..



walaupun exam dah habis dan secara tidak langsungnya cuti telah bermula, tapi perjalanan aku untuk relax memang masih sangat jauh. lepas je exam aku terus sibuk ngan gerak kerja untuk Kem Motivasi Menjana Cita & Kem Smart Solat yang akan berlangsung dari hari sabtu (21st November 2009) hingga selasa (24th November 2009). kem ni adalah salah satu program kolej di bawah JKP Akademik & Intelektual (..ke ape ntah? tak ingat pulak nama penuh JKP ni). aku ni pulak balik MYY hari rabu nih, flight 0700 malam. aduhhhh pening sehhh! aku nak shopping lagi.. uhhh.. camne nihhh? sempat ke..? dengan barang nye tak packing lagi..



awal pagi tadi aku sempat siapkan sikit kerja untuk kem motivasi yang bakal berlangsung. sebelum tidur aku sempat merenung segenap inci ruang bilik yang hampir kosong (roomate aku dua2 dah balik kampung, tinggal aku sorang je). tilam2 sume dah takde bedsheet. meja study dah kosong. huhu, keadaan ni mengingatkan aku kepada waktu mula-mula aku menjejakkan kaki ke bilik aku ni. masa tengah MHS 09/10. tak sangka dah nak habis satu sem. kira nak dekat setengah tahun jugaklah aku di UM ni dah. macam tak terasa pulak. semester 1 tahun pertama aku di UM memang sangat menarik. banyak benda yang aku belajar, bukan hanya sekadar akademik semata-mata tapi jugak soal hidup. soal kepercayaan. soal persahabatan. soal tanggungjawab. soal kuasa. soal politik. soal masa. soal kemanusiaan. soal agama. soal kebahagiaan. soal kerinduan. soal penghargaan. soal hati. macam-macam soal la.. ada yang aku pelajari setelah aku lalui sendiri, dan ada jugak yang aku pelajari dari pemerhatian terhadap orang sekeliling dan persekitaran. ada yang aku pelajari dengan senang hati, dan ada jugak yang aku pelajari melalui cara yang agak menyakitkan.



yes, memang dunia kampus berbeza dengan sekolah. orang-orang dan persekitarannya.. di sini aku jumpa lagi banyak ragam manusia.lagi banyak cerita yang pelik-pelik. but as i said, dari situlah kita belajar sesuatu yang kita takkan dapat dalam kuliah atau kelas tutorial. conflicts and arguements - one of the nicest touch in our campus and study life. insyAllah, semuanya akan aku kongsikan dalam post yang akan datang.



antara memori terbaik aku untuk semester ni ialah minggu haluansiswa (MHS) 09/10, terutamanya time kat Dewan Tunku Canselor (DTC - dewan tak cat??) mase hari terakhir MHS. lepas dengar amanat dari VC dan TNC, freshie kolej2 kediaman mula laaa perang cheers. haha! cheers special dari freshie KKTAZ - cheers gambate paling gempak versi remix (bak kata senior - gambate kene kejar pocong) :P sangat best! senior dah tak serupa senior, pembantu penyelia sampai naik atas kerusi. haha!

the choice is yours :)

many people ask, "if God existed, why so much war, so much pain, so much hate, so much despair?"


because to establish mankind as one of His most prized creations, He blessed man with what is one of His biggest gifts, and yet His biggest responsibility. do you know what gift i am talking about?


"THE FREEDOM OF CHOICE"


when you understand the value of such a responsibility, you will never ask such a question.


it's time for us to start taking responsibility for our actions. He has given us the freedom of choice. take responsibility for the outcomes of your choices.


changing the world starts with your house - starts with your family. we are all responsible to change the world from within by improving ourselves, our families and our communities. because wether you are investing in good or bad, you are definitely changing the future. but what type of future are you building? whatever it is, make your influence on this world a positive one. build a legacy you will be proud of. spread your love and wisdom, and do so in the name of the Creator - the true source of love and wisdom. do not look or expect rewards from humankind. expect them from God.

o man! what has made you careless concerning your Lord - the Most Gracious? who created you, fashioned you perfectly and gave you due proportion? - 082. surah al-infitaar (verse 6 - 7)

discover Him through His brilliant creations around you, and within you.

verily, we created man in the best stature (mould). - 095. surah at-teen (verse 4)

glorify the name of your Lord, the Most High. who has created (everything), and then proportioned it. - 087. surah al-ala (verse 1 - 2)

..but yet many deny. how could you deny such truth?


...to be concluded, insyAllah...

November 13, 2009

the big two - O ;)

*post ke-13, dalam bulan november, pada 13 november :)



officially 20~..!!


urghhh, i feel OLD *sigh*. pape pon aku tetap bersyukur ke hadrat Allah kerana masih bernafas :) also thanks to friends and family for all the birthday wishes on facebook, SMSes and phone calls. terharu sangat! aku ni dah biase tak celebrate birthday, tapi bila orang wish aku rase cukup besar hati dan terharu. sekurang-kurangnye orang ingat jugak hari jadi aku. Alhamdulillah.. terime kasih jugak atas doa2 kalian. semoga korang pun akan dirahmati dan dilindungi Allah, dipanjangkan umur, murah rezeki dan berjaya dalam segala hal. i love you guys to bits!


kepada family - i miss you guys so much! buat my mirian friends and besties - aku tak lupe korang la.. aku sentiasa ingat. nanti aku balik kampung kite lepak la sama2 macam dulu ok? dan buat teman-teman UM dan keluarga besar KKTAZ - sayang korang! aku memang dari kecik bercita-cita nak menjejakkan kaki and study kat UM ni. Alhamdulillah; hasrat tu tercapai jugak dan korang sume buat aku rase tak menyesal langsung memilih untuk ke UM. you guys are like my family away from my own family. senang sangat berkenalan ngan korang. rase macam dah lame kenal walaupun sebenarnya baru je berjumpe.



hadiah dari my beloved roomate - Jaja. thanks cayang. tak sampai hati pulak nak makan :P


thanks again huns & darls. i love you guys from the bottom of my heart. may the Almighty bless us all :) *cheers*


November 12, 2009

muhasabah diri


sebelum manjadi lebih dewasa..


tinggal beberapa jam lagi akan genaplah 20 tahun aku bernafas di muka bumi Allah ini. genap 20 tahun juga aku menjadi pelakon dalam sandiwara kehidupan di pentas dunia yang bersifat fana.


aku sama seperti kebanyakan insan lain yang begitu asyik dan leka dengan masa depan. ada ketikanya aku lelah memikirkan masa depan yang belum pasti. untuk seketika ini, aku mahu menoleh ke belakang; mengamati tiap langkah dan gerak-geri percaturanku selama ini.


detik ini hujan masih lagi membasahi bumi kuala lumpur. biar pun sekadar rintikan, namun ia menyedarkan aku betapa aku ini manusia yang jarang bersyukur dengan segala limpah kurnia dan rahmat ilahi. dulu aku cukup suka bila waktu hujan; tapi sejak akhir ini aku asyik merungut bila hujan turun. aku rasa segala urusanku tergendala dek kerana hujan. hujan bukan lagi mainanku. aku lupa pada hujan. aku lupa yang setiap titisan hujan yang jatuh menimpa bumi itu sebenarnya membawa rahmat Allah.


aku sentiasa mengingatkan diri agar menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan tak lekang dengan kalimah hamdalah di bibir, mensyukuri segala apa yang aku miliki dan lalui hari ini. tetapi mengapa aku masih lalai?


aku tidak mahu kufur nikmat.


aku mahu bermuhasabah. aku mahu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. sesungguhnya aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga atas kebesaran Allah yang tiada bersempadan. bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam. bersyukur atas segala nikmat dan kesempatan yang diberikan oleh-Nya. bersyukur atas segala pilihan dan laluan yang diberikan. bersyukur atas segala rezeki yang dianugerahkan. bersyukur kerana dikurniakan keluarga dan teman-teman yang setia. bersyukur atas setiap rintik dan titisan hujan serta bahang terik mentari yang menyentuhku. bersyukur atas setiap rasa yang ku alami. bersyukur pada setiap kepayahan hidup yang menjadikan aku lebih kuat walaupun tanpa aku menyedarinya. bersyukur untuk setiap malam dan siang yang aku tempuhi. bersyukur pada-Nya di setiap degupan jantungku. bersyukur kerana masih mendengar laungan azan yang takkan pernah jemu menyeru ke jalan Allah. bersyukur untuk 20 tahun yang begitu indah. bersyukur kerana aku masih di sini. masih bernafas. masih mampu tersenyum dan menangis.


sesungguhnya aku takkan pernah lelah dan takkan pernah bisa berhenti untuk mencari diri. aku mahu jadi lebih baik dari sebelumnya. aku mahu jiwaku tenang. aku mahu hatiku lapang. dan jawapannya hanya pada Allah. aku mahu jadi hamba-Nya yang sentiasa mencintai-Nya dan rasul-Nya.


aku mahu BERUBAH. aku mahu BERHIJRAH.


yang ku tunggu...

yang ku tunggu telah pun tiba.. :)



kiriman pos ekspres yang tak berapa nak laju akhirnya sampai juga ke pejabat am KKTAZ yang permai.. it's an envelope! aaaaaa....



dalam envelope tu ade............



...birthday card dari parents yang tersayang and adik (yang aku sayang jugak laaaa walaupun agak cekik darah..)! :)



...dan dalam kad tu jugak ade terselit..



..ang pau! hehe.. kiriman cash sekali tau.. ;)


huhu.. thanks a lot to my family. dalam kad tuh siap ade kata2 amanat lagi tau.. seram aku bace.. haha :D but anyway; aku tetap menghargainya.. sedangkan pemberian teman pun kite hargai dan terime ngan besar hati, apatah lagi kalau pemberian family kan..?? lagi2 bile family jauh and takde depan mata.. aiyyo! rase rindu makin membuak-buak dah ni.. makin tak sabar pulak nak balik MYY..


aku dapat rase dah pasir dan deruan ombak pantai esplanade MIRI menyeru-nyeru namaku.. wahaaaaaa! countings days to fly back home. as much as i hate flying; I'll do anything just to breathe MIRI's air once again. wait for me my dear seahorse city. your all-grown ZURIATY will be home soon :)



..the 'soon-to-be-20-oh!-damn-it's-just-in-a-couple-of-hours!' girl ;)


p/s : pls people; i'm from miri and miri is in the state of sarawak. i'm NOT sabahan and i'm not from peninsular malaysia. i speak bahasa melayu sarawak very fluently because that's my mother-tongue so dont give me that 'muka tekejut' again.. ok?


kamera cik Ain ;)

aku sudah jatuh hati! *jiwe berbunge2* :)

nak beli digicam macam cik Fatin Nur Ain..!! huhu.. Ain gune panasonic lumix dmc-fs42 kaler hitam. bleh tahan gak panasonic punye digicam. huhu..



panasonic lumix dmc-fs42 :)


all this while aku berkire-kire nak beli sony cyber-shot yang T-series tuhhh; but lepas tengok kamera cik Ain tadi terus aku jadi bekenan plak. best gak panasonic.. and it's a bit more affordable (untuk aku ni la).. so aku nak survey2 la dulu harga panasonic lumix dmc-fs42 mcm cik Ain nihh~.. waaaaahhh! hope to get one for my birthday! kene perbaiki skill membodek sebelum balik MYY nihh.. meminta pada yang ada. haha! ;)

p/s : cik Ain marah tak lau kite nak beli kamera mcm cik Ain tu? hehe :P

November 10, 2009

*kejeron*

jam 1159 pagi tadi [aku tengah sedap2 tido tergolek-golek macam tenggiling - aku tido pukul 0730 pagi tadi weh sebab tengok cite hindustan] aku dapat SMS dari babah aku [aku bace SMS ni jam 0404 petang - time baru bangun tido];


babah ada anta pos ekspress berdaftar ari tok. gi opis kolej on 12.11.2009..
(babah ade kirim pos ekspress berdaftar ari ni. gi office kolej on 12.11.2009)


aku pon tanye la...


barang pa ya..?? kenak k pos berdaftar indah?
(mendenye tu? nape nak kene gune pos berdaftar bagai?)


babah replied;


ada la kejutan kecil bah. jangan lupak cek kat opis.
(ade la kejutan kecil. jangan lupe cek kat office.)


aku yang rasa agak musykil dan ragu tadi pun berkira-kira untuk tepon adik aku si Khamrel a.k.a Ulil pulak. lau nak tepon mak pon mesti mak bersekongkol ngan babah.. so cara terbaik adelah kol adik. tapi nak mintak keje sama adik aku ni agak susah wo; kene ade teknik diplomasi yang tersendiri.. tanpa ragu dan penuh kompidennye aku menawarkan (atau lebih tepat lagi MENYOGOK) untuk top-up RM30 (kopak gua bebbb!). namun sangkaan aku meleset! adik aku cukup berintegriti - die reject mentah2 offer aku tuhh.. uhhhh! bukan senang aku nak tabur duit kat die wehh.. boleh pulak die tolak idea usaha sama bernas aku tuhh. siap gelak2 lagi die lam tepon. uhhh! tak boleh harap!


untuk pengetahuan anda, aku ni bukan jenis orang yang penyabar. dan aku tak suke tertanya-tanya. kang aku tak dapat melalui hari-hari ngan tenang, mulut pun asyik nak membebel je.. orang kampung aku kate "KEJERON" (jangan tanye maksud kat aku sebab aku tak reti nak explain camne). sebab tu jangan la bagi aku surprise2 nihhh.. aku tak suke lau tak tahu pape.. nak surprise biar la surprise betul2.. babah aku ni memang suke nak wat aku rase tak tenang; tu yang die bagi hint awal2 tuhhh.. bukan die tak taw aku tak suke surprise2 gini.. uwaaa...!! jiwe aku tak tenang selagi aku tak tahu.. ohhhh! cepatlah masa beredar.. :(

November 9, 2009

chelsea chelsea!



the blues!
premier league (08th november '09) results :
chelsea 1 - 0 manchester utd.
happy happy happy! :DD


November 8, 2009

hidung oh hidung!

time tengah khusyuk study evolusi masyarakat dunia untuk exam esok, tiba-tiba...



hidung berdarah dengan banyaknya.. :(

uhuhu~ kepala menjadi pening2 dan berpinar. janganlah sakit wahai kepala; esok ujian penting.. aku nak study ni.. banyak benda nak dibaca.. bertahanlah..

November 7, 2009

♥ NUR KASIH~..!! *muahhhhss!* :)

i'm currently addicted to this..



nuuuurrr kasiiiiiiiihhhh (ikut tune OST Nur Kasih by Yassin) :P


drama NUR KASIH di tv3.


cite yang sangat best. well, cite ni dah nak habis dah pun kat tv3, tapi aku ni sebenarnya tak pernah tengok cite ni langsung. dari mula-mula episod pertama drama ni disiarkan pun aku memang teringin nak menonton, tapi aku langsung tak berkesempatan - sampailah sekarang. pengaruh drama nur kasih kat kolej ni pun memang kuat - sampai ade sorang member baik aku siap bajet diri nak jadi Nur Amina.. haha :D kat kolej ni pun berderet je budak-budak duduk tercongok kat depan tv di lobi setiap hari jumaat jam 0900 malam untuk tengok drama ni. teringin la jugak rasa hati nak tumpang sekaki, tapi asyik takde masa je.. so now aku sedang dalam usaha mendownload episod penuh drama ni. tak best pulak kalau nak tonton kat website tv3.. sekurang-kurangnya kalau download dapat jugak la layan time cuti panjang nanti.. huhu..


*kreatif && genius!* :)


nuuuurrrrr kasiiiiiiiiihhhhh~


November 5, 2009

♥ cravings ♥

take me to the secret recipe now +____+


caramel cream cheese


new york cheese


apple cheese slice brownies


marble cheese


oreo cheese




besday boy~..!!


ini kawan saya. dia loyar buruk. bile bergambar memang susah nak dikawal - tak reti duduk diam. tapi saya sayang kawan saya sebab hari ini hari keputeraan GAMBATE BP.. :P



happy 20th birthday to Amin Bin Kalid a.k.a AMEN~!! haha.. semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T. okeh? semoga panjang umur, murah rezeki, cepat kaya dan jadi aktivis (cewah!) irama ghazal yang terkenal setaraf dengan Kassim Selamat (walaupun Kassim Selamat main saxsaphone - tapi dia juga ahli muzik seperti Amen). haha.. you're a good friend (even with a bit of your tingtong-ness here and there) and a great brother (abang ngah). dah tua dah ko tu beb.. buat2 la cara orang yang dah lanjut usia.. haha.. :D semoga bahagia dunia akhirat & berjaya dalam hidup - cemerlang gemilang dan terbilang! huhu.. semoga bahagia dengan ************* ok? :)


it's your birthday bro' - have a great one. cheers! :)


p/s : hari ni batu pahat cuti umum! haha :))

2012

malam tadi aku menghadiri mesyuarat Kem Motivasi Menjana Cita & Kem Smart Solat anjuran JKP Akademik & Intelektual kolej aku. mesyuarat mula dalam jam 0830 malam; habis plak dalam pukul 1030 malam. lepas mesyuarat tamat, aku dan Mastini pun menghala ke slowrock untuk dinner. kebetulan aku pun memang dah berjanji nak slowrocking ngan si Pejal. kami bertiga pun duduk la makan-makan sambil berborak. tengah2 makan tu aku suarakan la niat dan hasrat hati nurani aku yang teramat sangat la nak pegi menonton movie 2012..

as we all know (atau mungkin ade lagi beberapa orang yang tak berapa nak tahu sangat); filem 2012 akan di-release pada 12 november 2009 nanti. movie ni diilhamkan dari teori dan perkiraan kalendar masyarakat tamadun Maya (Mayan civilization) yang berakhir pada tahun 2012 (atau lebih tepatnya 21 disember 2012). kiranya mereka beranggapan bahawa dunia ini akan musnah pada tahun 2012; atau dalam erti kata lainnya kiamat (doomsday) akan berlaku pada tahun 2012. nampak macam best sangat, terutama sekali efek yang digunakan dalam filem. entah bagaimanalah agaknya pembikin filem dari barat ini menggambarakan suasana kemusnahan 'doomsday'.. really cant wait to watch the movie!!


official posters :)









sekadar berkongsi - bagi yang kurang mengerti, tamadun Maya merupakan sebuah tamadun purba yang mana kesan peninggalan dan tapak peradabannya masih kekal terpelihara hingga ke hari ini dan dapat dilihat di Yucatan, Mexico; bahkan telah tersenarai sebagai antara 7 keajaiban dunia yang baru (7 julai 2007; Lisbon, Portugal). tamadun Maya sangat terkenal dengan peradaban mereka serta teknologi dan ketepatan mereka yang dikatakan mendahului zaman (ketika itu).



tinggalan ketamadunan Maya



keterujaan aku nak menonton movie tu tidaklah bermaksud aku percaya pada ramalan masyarakat tamadun Maya tu. nak menonton bukanlah satu kesalahan, tapi jangan pula sehingga memesongkan akidah. soal kiamat itu adalah kerja dan urusan Allah S.W.T - siapalah manusia untuk meramalnya. segala apa yang berlaku adalah atas kehendak dan dengan izin-Nya. 2012 hanya ramalan. apa yang jelas; kiamat itu pasti dan kiamat itu semakin hampir, cuma masa dan ketikanya sama sekali tidak dapat untuk diagak. Wallahualam.. :)

November 4, 2009

finals

aku sekarang ni tengah sibuk dengan final exam. semalam dah selamat exam TITAS dan APK (asas pembudayaan keusahawanan).. pagi tadi paper KKM (kursus kemahiran maklumat) pulak.. huhu. to be frank, soalan tak susah pun - 40 soalan untuk TITAS & APK dan 50 soalan KKM untuk 1 jam; cuma agak confusing je.. berselirat dan berserabut; semua macam hampir sama je jawapannya..


di aras 1, bangunan peperiksaan UM (paper : KKM)

lepas habis exam :)

done with 3 papers; 4 more to go! on the 9th - evolution of international society, 13th - social dynamics, 17th - social welfare system & finally on the 19th - introduction to international relations. pheww! sepatutnye lepas last paper tu dah boleh cuti, tapi ade program pulak kat kolej.. hukhuk.. terpaksa la balik lewat sikit :(

anyways; study smart for exam. kalau tak rajin pun buat2 rajin la ye..?? nak tak nak kene study jugak.. see ya peeps! :)

November 3, 2009

sirih pulang ke gagang

salam.


bermula dengan friendsterblog. kemudian blogger. beralih angin pula ke wordpress. dan kini - aku kembali di blogger.
selamat datang ke http://mynameisxuriatee.blogspot.com :)

laman blog baru. cerita baru. kanvas baru. layar baru. dunia baru. segalanya baru. cuma tok dalang (ke nek dalang..??) yang masih seperti dahulu.. *wink*

semoga dengan adanya laman blog yang baru ini aku akan menjadi lebih 'rajin' dan kembali 'aktif' blogging seperti mana sebelumnya.. okies..?? :))


*more to come.. dhaa for now peeps! adios*