February 12, 2010

dearest SUNSHINE*

temukan aku dengan doraemon agar dapat aku mengembara ke zaman lalu~
zaman KAMU sentiasa dekat dengan aku..
zaman kamu dan aku sangat rapat, macam belangkas..
sampai orang ingat aku ngan kamu sepasang kekasih..
uwaaa.. kamu sangat spesel.
kamu lain daripada yang lain.
kamu sempoi.
kamu sederhana.
kamu sentiasa memahami aku..
kamu sentiasa buat kepala otak aku berfikir.
kamu buat aku selalu rasional.
kamu selalu buat aku senyum dan rasa bahagia;
walaupun pada masa yang sama kamu asyik nak menyakat dan buat aku merajuk.
kamu selalu je object ape yang aku cakap;
tapi in the end aku tahu kamu bukan sengaja nak mengongkong - tapi kamu buat semua tu demi kebaikan aku jugak.
kamu macam keluarga yang sentiasa melindungi aku dari segala yang tidak baik.
kamu jugak sahabat karib - tempat aku meluahkan segala rasa marah mahupun rasa duka.
kamu pendengar yang setia..
kamu dengar je kalau aku bercerita, membebel atau merengek..
kamu dengar dengan penuh sabar dan senyuman yang tak pernah lekang..
sikit pun kamu tak merungut..
kamu sentiasa buat aku ketawa dan gembira..
well, kamu kata kamu suka tengok aku ketawa..
kamu suka dengar bunyi aku gelak - walaupun aku tahu aku gelak macam setan..
aku tak boleh lupa bila kamu cakap, "kamu tidak perfect, tapi kamu unik.."
kamu jugak pernah cakap kat aku, "to me you are phenomenal in your own ways.."...
dan tentu sekali aku takkan pernah lupa bila kamu confess segala isi hati dan isi perut kamu pada aku.
mula2 kamu berkias2 je (aku mintak maaf sebab masa tu aku tak berapa tangkap apa yang kamu cuba cakap)..
kemudian kamu berterus terang..
sorry sangat2..
aku diam bukan sebab aku tak mahu,
cuma aku tak tahu apa nak cakap.
tapi kenapa kamu tak tanya aku untuk kali kedua..??
kalau kamu tanya, SUMPAH aku akan cakap "yes, i'll be your girlfriend. i love you too!" tanpa ragu2..

uhuhu..
kalau kita boleh kembali ke zaman dulu..
aku takkan biarkan kamu sendiri.
setiap kali kamu hantar sms, "gdnyte buttercup. see u in dreamland. mwahh! ILYSM :)", aku akan reply balik "ILYSM too! :)" kerana itulah sebenarnya apa yang aku rasa..
aku janji aku akan join kamu main basketball setiap petang instead of duduk memalaskan diri kat tepi court dan tengok kamu main sorang2..
and i'll cherish every sunset yang kita saksikan sama2 kat Esplanade & Tanjong beach..
every song we sang together bila kita sama2 lepak di Grand Old Lady bertemankan guitar dan pringles hijau..
every supper and football match yang kita tengok tengah2 malam bersama kat Perwira..
every dinner kat Damai Setia..
everytime aku tarik lengan t-shirt kamu bila aku sangka ada tikus kat dalam hall bila kita tengok movie sama2..
EVERYTHING!

sorry sebab ambil masa yang lama untuk aku sedar bahawa aku mahu bersama dengan kamu,
walaupun awal2 lagi aku sudah tahu yang aku memang sayangkan kamu sepenuh hati..
walaupun kita berlainan budaya..
walaupun kita berbeza agama..
AKU SAYANG KAMU~
kamu pernah berada dalam hati aku, walaupun kamu mungkin tak menyedarinya.
terima kasih kerana menjaga aku..
aku hargai kasih sayang kamu.
aku minta maaf sebab tak menerima kamu dulu..
tapi percaya laaaa..
itu semua bukan kerana aku tak menyayangi kamu...
anggaplah itu kebodohan aku di masa lalu.
kamu lelaki yang baik.
kamu hampir sempurna.
mungkin aku tidak layak untuk bersama kamu.
padan muka aku kannnn..??
tapi kini, aku harap kamu bahagia dengan dia..
jika kamu perlukan aku, aku sedia menerima kamu.
aku ada di sini..
aku masih sayangkan kamu sepenuh hati.
i'm still your buttercup; and you'll always be my little ray of sunshine.
ILYSM! :')

p/s : SUNSHINE, happy chinese new year in advance to you.. may this year will be a productive and prosperous one for you and your family.. :)

No comments:

Post a Comment