March 13, 2010

nowhere near perfect..

Euphoria Labyrinthine

current facebook's profile picture.

nak dijadikan cerita, beberapa detik yang lalu aku menerima friend request dari seorang sahabat melalui fb.
setelah ku kaji dan teliti profile beliau, aku pun 'approve' la beliau sebagai kawan walaupun aku tak berapa mengenali beliau sebab beliau warga UM juga.
mungkin pernah terserempak di mana2 tapi aku tak ingat akan wajahnya.
beberapa hela nafas setelah itu maka muncullah 'notification'..

"(nama penge'add') commented on your new friendship".

dengan senang hatinya aku pun membaca isi komen berkenaan.. butir2 komen agak menyentap tetapi kemudian buat aku tersenyum kecil.

beliau : salam ukhuwah. on no soul does Allah place a burden greater than it can bear (ayat yang di copy paste dari note kat bawah profile picture di profile facebook aku)~. cantik dah ayat quran ni, tapi lagi cantik kalau gambar profile tu menutup aurat.. (^_^)

maka bermula la sesi bela diri dan komen-mengomen ringkas, tapi dijalankan dalam suasana yang sungguh aman dan secara sopan tanpa sebarang unsur2 pergeseran.

aku : thnx for the advice. bukan tak tutup, cuma tak tutup habis je. i know. perubahan bukan secara drastik, tapi sikit demi sikit. insyAllah. salam ukhuwah :)

dipendekkan cerita, sang sahabat mengomen balas dengan mengatakan...

beliau : ok.. saya tunggu perubahan itu. jgn 'bermanis mulut' dengan insyAllah shj. ingat itu k? saya tinggalkan persoalan untuk awak, awak bertudung kerana niat fesyen atau nak ikut2 org pakai tudung atau utk menutup aurat. k.. maafkan saya sbb 'terjah' tak tentu pasal.. (^_^). siapalah saya..

aku : tak pe saya tak marah. saya menjawab tadi pun bukan sebab tak menerima teguran. cuma membela diri. tapi tak bermaksud tak menerima teguran. dan saudara (nama beliau), saya bertudung bukan kerana fesyen semata-mata. kalau saya suka2 nak berfesyen saya tak pakai tudung biasa macam ni. saya pakai tudung yang lilt2 atau tudung yang mcm bini mawi pakai tu.. anyway, terima kasih kerana concern.. :)

beliau : ok.. kena ingat insyAllah tu k.. (^_^)

err.. nampak macam aku sengaja bertudung untuk berfesyen semata-mata ke?

well, aku hargai nasihat yang diberikan.. jawapan aku bukanlah bermaksud aku tak menerima teguran. aku terima segala yang ditegur. aku tahu kebenaran akan setiap teguran itu. walaupun ilmu aku tentang agama tak tinggi, tapi aku bukanlah jahil. memang benar mungkin nampak tak elok bila mengenakan tudung tapi berbaju t-shirt lengan pendek.

aku bukanlah berasal-usul dari spesis manusia yang bertudung pada awalnya.. dulu (zaman muda2) aku memang kurang menjaga bab pakaian. singlet, hot pants, t-shirt sendat, jeans ketat.. memang dah jadi pakaian rasmi aku. tapi sekarang aku dah rasa lebih dewasa dan lebih selesa mengenakan tudung. baru dalam 5-6 bulan je pun mengenakan tudung. aku akui la yang aku masih selesa dengan jeans dan t-shirt walaupun telah bertudung. aku bukan jenis yang nak mengenakan jubah atau baju labuh sampai ke lutut. cuma aku sesuaikan dengan pemakaian tudung je. tapi sama sekali aku TAK PERNAH menganggap bertudung tu sekadar fesyen.. niat bertudung memang iklas, tapi mungkin keiklasan dalam hati tak kena dengan apa yang aku zahirkan pada pandangan mata kasar. mungkin bagi pandangan orang ia agak tak kena.. maklumlah, kita bercakap berlainan 'bahasa'. minta maaflah kalau nampak tak elok pada pandangan sesetengah orang, tapi aku selesa begini. tapi aku tetap akan cuba perbaiki dan sesuaikan sebaik-baiknya.

terima kasih buat beliau yang berkenaan. saya sikit pun tak marah dengan teguran saudara.. saya terima seadanya kerana saya sedia maklum yang teguran saudara itu ada benarnya. insyAllah saya akan perbaiki apa yang tak kena sebaik-baiknya.. :)

No comments:

Post a Comment