mari kita tanyakan pada diri sendiri adakah kita yang bakal meninggalkan 2009 atau 2009 yang akan meninggalkan kita..??
aku memilih untuk meninggalkan 2009 kerana aku hendak menjadi insan yang serba baru; atau sekurang-kurangnya insan yang lebih baik dari sebelumnya. untuk berubah bukannya mudah, tapi bagi aku sendiri aku rasa aku telah melalui banyak perkara dan mengalami berbagai macam hal - baik ataupun buruk yang akhirnya membuatkan aku sendiri sedar yang aku perlu memperbetulkan apa yang salah selama ini dan berubah menjadi lebih baik. niat aku bukan untuk menjadi seorang yang sempurna, tetapi cukuplah sekadar menjadi yang terbaik - sebaik yang aku mampu dan sebagai mana yang seharusnya.
aku tak mahu tahun 2009 yang meninggalkan aku. aku tak mahu waktu yang terus berputar dan saban tahun yang kian berganti meninggalkan aku yang masih seperti dahulu - masih di takuk lama.
Alhamdulillah, bagi aku tahun ini sangat hebat. marvellous! antara perkara terhebat berlaku pada tahun ini ialah bila aku berjaya masuk ke UM. haha.. memang dari kecik kot dah bercita-cita nak masuk UM. dari dulu aku sangat kagum dengan reputasi dan legasi UM. dari dulu aku suka mengumpul souvenir dari UM. stickers.. pen.. pensel.. book.. key chains.. buku prospektus.. dan macam-macam lagi; just to remind me of my goal to be in UM one day. aku siap boleh jeles lagi dengan sepupu aku yang dapat masuk UM sesi 2007/2008. and of course, aku letak UM sebagai pilihan pertama aku. Alhamdulillah; hasrat tercapai.. it wasn't easy just to get here, and even harder to 'survive'. sangat tak mudah untuk survive secara 'financially', 'emotionally', 'morally' (..perhaps..??) and even to sustain your results. nak mencapai satu tahap yang baik atau selesa adalah sangat sukar, dan jauh lebih sukar untuk mempertahankannya.
bila tiba je ke UM, hidup aku berubah secara drastik. berubah dari sistem persekolahan ke sistem universiti. hidup di rumah kepada hidup di asrama. 'kebergantungan' dengan kedua orang tua kepada hidup yang lebih berdikari (sangat berdikari sebab segala urusan harus diselesaikan sendiri). tambahan plak aku ni tak pernah duduk jauh dari rumah dan keluarga. aku belajar hidup susah (bila time ekonomi agak gawat :P), belajar menguruskan hal-hal sendiri, belajar hidup sendiri, belajar menilai banyak erti dalam hidup - persahabatan, kerinduan, kekecewaan, penghargaan, kasih sayang.. bukan hanya belajar dari pembacaan, tapi juga pemerhatian dan pengalaman.
sempena tahun yang serba baru ini, aku memasang nawaitu untuk menjadi insan/anak/kakak/sahabat/warganegara/pelajar yang lebih baik. aku nak study lebih baik (terima kasih kepada pointer yang tak mencecah angka 3.00 yang telah banyak menyedarkan aku.. aku tahu aku bukan tak pandai, cuma agak kuat main-main je waktu belajar. hehe.. pape pon aku tetap bersyukur kerana walaupun kuat main-main aku at least boleh dapat 2.6.. dan syukur kerana aku tersedar awal.. it wasn't a very good way start, tapi yang lebih penting is where you end up, kan?).aku seboleh-bolehnya nak kuatkan lagi hubungan aku dengan Penciptaku, memelihara persahabatan baik aku dengan teman-teman sedia ada dan jadi orang yang disenangi.. aku mahu merubah diri ke arah yang lebih baik, yang mana mudah-mudahan dapat memberi impak positif kepada insan-insan lain disekelilingku. insyAllah..
mungkin kerana usia sudah meningkat, maka landasan dan laluan berfikir pun menjadi lebih lebar.. aku harap aku dapat makbulkan nawaitu aku tu..
papepon, selamat tahun baru 2010. semoga 2010 akan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua, di mana jua kita berada..
may ALLAH bless us all..
Wassalam.. :)
p/s : masih homesick! :(
No comments:
Post a Comment